Perjalanan Hidup Saya
Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan. Kehidupan saya juga mempunyai pelbagai rahsia. Memori setiap detik tercatat dalam minda dan hati . Adakalanya memori tersebut harus dikongsi supaya orang lain ambil iktibar daripada perjalanan kehidupan kita. Oleh itu, saya ingin kongsikan perjalanan hidup saya yang selama 17 tahun 10 bulan. Vijayalechumy a/p Sugumaran ialah nama yang ayah saya menamakan saya semasa saya masih bayi. Makna nama saya ialah (keberanian dan kekayaan ). Alam pendidikan saya bermula semasa saya berumur 6 tahun. Hari pertama saya jejakkan kaki saya di tadika merupakan hari yang saya mula mengenali kehidupan ini Saya mendapat banyak kawan-kawan yang baru. Selepas itu, saya mula melangkah masuk ke sekolah rendah SJK(T)Darulaman, Jitra Kedah. Enam tahun saya belajar di situ, menimba ilmu pengetahuan asas pembelajaran.
Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR , saya melangkah ke sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Di situ saya mengenali ramai rakan yang berbilang kaum. Banyak pengalaman yang manis dan pahit kami tempuhi bersama. Tingkatan Tiga dilangkah dengan cemerlang dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR. Selepas itu, saya diberi pilihan untuk memilih minat saya sama ada dalam bidang sastera atau dalam bidang sains. Saya mengambil bidang sains sebagai pilihan. Selepas mengharungi banyak kesusahan dalam mempelajari mata pelajaran yang terdapat dalam bidang tersebut akhirnya saya berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Kini saya berada di Institut Perguruan Kampus Ipoh, Ulu Kinta ,Perak . Saya sedang belajar untuk menjadi seorang guru yang bertauliah dalam bidang Pendidikan Khas. Itulah perjalanan hidup yang saya tempuhi sehingga kini.