Pandangan Saya Terhadap Pendidikan Khas
Saya seorang yang ingin belajar cara perlakuan manusia di dunia ini. Menjadi seorang pakar psikologi ialah antara impian saya . Keluarga saya memaksa saya untuk menjadi seorang doktor.Tetapi saya menolak untuk menjadi seorang doktor kerana saya tidak boleh dan tidak berani mengambil nyawa sebarang binatang hanya untuk belajar biologi.
Oleh itu,saya memilih bidang perguruan kerana sebagai seorang guru saya boleh mempelajari sikap,cara dan perlakuan anak murid saya.Saya boleh membimbing mereka ke jalan yang benar.Saya boleh membantu menyelamatkan jiwa mereka dengan memenuhinya dengan warna-warni kehidupan.
Pendidikan Khas adalah sesuatu bidang pelajaran yang saya belum ketahui sebelum ini.Selepas saya datang sini dan belajar serba sikit tentang pendidikan khas saya berasa ingin tahu tentang pendidikan khas dengan lebih lagi.Saya ingin berkhidmat kepada masyarakat yang inginkan perhatian daripada masyarakat normal dengan penuh prihatin.